~life is too short, so enjoy it while u can ~

Thursday, December 10, 2009

RaSa SenGaL-seNgAL Badan???

PERGH~~
RASA SANGAT LENGUH DAN SENGAL BADAN BILA ASYIK MENGHADAP KOMPUTER BERJAM-JAM LAMANYA???
APAKATA MENGAMALKAN BEBERAPA SENAMAN MUDAH YANG DIJAMIN MAMPU MELEGAKAN SENDI-SENDI =)
BERIKUT ADALAH SENAMAN REGANGAN MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN..
SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, December 9, 2009

nom..nom...nom...

satu hari, saya rasa sangat ingin makan kek...makan kek yang dipenuhi dengan aising yang banyak.....
kenapa saya rasa begitu???
saya pun tidak tahu.....
mungkin kerana terbau wangi vanila yang terapung-apung di udara...
lantas....
pada petang itu, saya ke kedai...demi mencari sepotong kek.....
namun gagal menjumpai yang saya suka...
justeru...
dari ingin sepotong...saya terus membeli ini!

hohoho!!!




dan saya terus memakan nya...dan memakan lagi sehingga habis....


patut la saya makin gemuk sekarang...hahaha..



p/s bila makan kek ini, rasa seperti Joo Yoo Rin yang sedang makan kek makcik Gong chan...hahahaha

Monday, December 7, 2009

masak-masak bersama cik ayen-2

salam...
hohohoho..
bertemu lagi semua!aicewahh!
ade 1 lagi resepi mudah yg ingin dikongsikan di sini..
tp!!!!!
sebelum meneruskan pembacaan anda, suka dan cita diingatkan semula bahawa resepi2 yg di siarkan adalah resepi sesuai untuk orang bujang, atau pun isteri yg kesuntukan masa menyediakan hidangan untuk suami..hehe...sebab masakan ini sangat mudah dan cepat malahan berkhasiat=)


ikutilah......



IKAN TENGGIRI MASAK LADA

bahan2
100 g ikan tenggiri atau sekeping ikan tenggiri- digaram kunyitkan dan digoreng =)
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar - dimayang
asam keping
garam dan gula
sedikit air
bahan b-ditumbuk:
2 biji bawang merah
7 biji cili padi
1cm kunyit hidup

cara memasak:
1.panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan b tadi sehingga cili masak
2.masukkan sedikit air dan asam keping.
3.apabila mendidih, masukkan bawang besar.masukkan garam dan gula mengikut citarasa lidah anda
4.setelah cukup masak, tuang diatas ikan yang telah digoreng dan hidangkan=)



p/s jika suka, anda boleh menambah sayuran seperti lobak atau frozen vegetables untuk menambah sumber serat


selamat mencuba!!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

rasa mcm nak senyum...=)

ada orang kata, dia suka tengok senyuman saya...
jadi...
sebab saya jarang senyum, saya nak letaklah gambar2 yg konon2 saya senyum (padahal...sengeh tlebey)
hehehe..kot2 leh bantu saya senyum dgn lebih kerap lg=)



 
 
 
 
 
 
 

hehe...
sedikit gambar yang lebih banyak tersengih dari senyum...
semoga selepas ini, senyuman tu akan jadi lebih manis..=) tayah tambah gula2 dah.hehe

Monday, November 16, 2009

BlaJar MasAK2 dGN CiK AYeN Part 1

salam semua!!!!!!!!!!


err...malam ni rasa sedikit rajin nak wat entry baru..
justeru..
meh2...masak2.hehe.
memasak memang menyeronokkan sebab, selain dpt bakar kalori, ia juga dapat tambah kalori=)
memang, satu permainan yg berfaedah.hehe
justeru, sebagai perempuan bujang yang berstatus pakar pemakanan(ade kaitan ke?), hoho, 
nak berkongsi lah resepi2 mudah yg telah dimodifikasi , ditukar, ditambah, ditolak, dibahagi...dari respi asal.hehe


malam ni, mari kita masak mi goreng!!!!

maaf.kualiti gambar mmg tahape2.hehe

MI GORENG CILI PADI
bahan2nye:
250g mi kuning(celur dl ngn air panas)
2biji bawang kecil(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang) 
10 tangkai cili padi dihiris halus(kalau ase tak tahan pedas, kurangkan.ni cili padi maran, 5 tangkai pun dh len minum air segelen.heh)
4sudu besar kicap pekat mans
150g kangkung(ikut suka sebenarnya.lg banyak lagi bagus)
50g taugeh(lg byk lg bgus)
sosej dan filamen(kalau nk guna dging atau ayam segar lagi baik.ni sebab nak cpt masak.lapa sgt.segera jer=p)
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
scubit gula



cara membuatnya:
1.panaskan minyak
2.tumis bawang2.pastu cili plak.masakkan smpi cili tu masak la=p tak masak leh sakit perut

3.masukkan sosej dan filamen yg dipotong tadi.
4.letak sedikit air.tambah kicap dan garam dan gula
5.masukkan mi kuning tadi.masuk sayur2 yang telah dibasuh tadi(kalo tak basuh, keracunan pule=p)
6.kacau2 sehingga sebati.kalo ase kering sangat, tmbah la air panas sket.=)
7.hidangkan dalam pinggan untuk dimakan sendiri.nak hidang utk org len pon bole juge=)

-simple kan?sebab tu kata ni sesuai untuk orang2 bujang.hehe.cpt, ringkas, lazat namun bkhasiat.
-modifikasi dilakukan pada sayur..tmbahkan sayur lebih dalam masakan ini.tinggikan sumber serat.
-selain itu, minyak masak juga dikurangkan penggunaannya.kalau pakai kuali tak melekat lg bgus.tayah guna minyak dah.harus diingat, mi kuning mmg sedia bminyak, jadi, jgn gunakan minyak terlampau byk sewaktu memasak mi kuning


gaby lapa, jd makan coklat dulu ye=)

SELAMAT MENCUBA YE=)

Tuesday, October 20, 2009

wOrrY LeSS Limit StreSS


salam..
weee~~~~
got this advice from application in facebook...a nice advice actually..
i must admit, that i easily stress..probably due to the fact that i try hard to be a perfectionist=p
but, when i'm in "stress" mood (pun intended) , i tend to forget to eat, or having low appetite..kikiki..which, in a way, help to maintain my slim figure (wahahahaha~yuks!)
so...if i'm stress, what i usually do???
erm...let me think...mmm....mmmm...mmm...
............
...................
........................
aha!
got the answer.=p
usually, i tend to pour all my sorrow to my love=)
or...i can cry until bengkak-bengkak mata while listening to sad love songs..hahahaha...it helps, REALLY!
watching 1 Litre of Tears also can help(uh,basah towel tau nanes tgk cerita ni)
besides, currently develop habit of cookin=) i think,it can help reduce 10% of stress...


but..i still think, the best way is to tell all to Allah...reading Quran...solat hajat...its the best..calm me down...=)


so...whats you are doing when u are in "stress" mood?
ccome n SHARE!!!!=)

Monday, October 19, 2009

TIPS MENGATASI RASA BOSAN BEKERJA (APPLICABLE FOR MONDAY BLUES ALSO!)


salam...

sudah terlalu lama agaknya aku "berehat" dari meng"update" blog ini..terlupa tu ada blog..hahaha..
hingga ada seseorang yang mengingatkan aku tentang blog ini.. bukan apa, keterbatasan masa, tenaga, kemudahan di hujung2 usia sebagai pelajar membuatkan aku tak punya "mood" untuk menulis entry lg.. ohh... tapi kali ni menjadi sedikit semngat semula..mungkin abat di beri 'suntikan' semangat bekerja, berkonvo dan lain2..wink3~~=) agak sedikit malas bekerja sebenarnya untuk hari ini.. tak tahu sama ada isnin yang biru atau aku yang biru..hehe.. sedikit carian di internet untuk sama-sama membangkitkan semangat kita semua...Enjoice!!!!=p


TiPs MenghiLangKaN RasA BosaN DaLam beKErjA
  • Bersyukurlah anda telah mendapat pekerjaan sebab saat ini BANYAK yang kesulitan mendapatkan pekerjaan dan mulailah MENCINTAI pekerjaan Anda. Mencintai pekerjaan akan membuat Anda lebih bersemangat kerja.
  • FOKUSLAH menyelesaikan pekerjaan pada jam kerja sehingga tidak banyak melakukan kesalahan dan harus mengulang dari awal
  • Tetapkan target yang harus dicapai untuk menghindari bermalas-malasan dan bosan.
  • Catatkan semua kerja atau tugasan yang perlu anda lakukan keesokan harinya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting tersebut di atas sekeping kertas atau dalam buku catatan anda. Anda boleh membawa senarai tugasan dan catatan aktiviti tersebut ke mana-mana saja anda pergi nanti. Teknik tulis dan catat senarai tugasan seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan bebanan yang ada dalam fikiran anda dan ia mampu membuatkan otak anda menjadi cerdas dan segar.
  • Tentukan planning atau rencana-rencana untuk lima tahun lagi. Apakah Anda akan tetap seperti hari ini atau lebih berkembang? Lebih berkembang berarti harus ada kemajuan setiap hari dalam pekerjaan Anda. Jadi, buanglah rasa bosan dalam pikiran Anda!
  • Tambahlah skill/kemampuan baru yang menunjang pekerjaan Anda kerana otak memerlukan sesuatu yang baru selain memberi nilai tambah pada anda!
  • Refreshing atau penyegaran dapat Anda lakukan di semasa jam kerja walaupun misalnya sekedar menghirup udara segar.
  • Di luar jam kerja, fokuslah untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan selain pekerjaan, misalnya nikmatilah berkumpul bersama keluarga. Lepaskanlah benar-benar beban pekerjaan. Curahkan perhatian Anda sepenuhnya untuk mereka.
  • Jalan-jalan atau bersiar atau menonton wayang bersama orang-orang yang Anda cintai dapat Anda lakukan untuk menyingkirkan kebosanan ini.

p/s harap ia dapat mebawa kebaikan pada saya dan anda yang membaca=)
Lee Seung Gi - Losing My Mind