salam...
hohohoho..
bertemu lagi semua!aicewahh!
ade 1 lagi resepi mudah yg ingin dikongsikan di sini..
tp!!!!!
sebelum meneruskan pembacaan anda, suka dan cita diingatkan semula bahawa resepi2 yg di siarkan adalah resepi sesuai untuk orang bujang, atau pun isteri yg kesuntukan masa menyediakan hidangan untuk suami..hehe...sebab masakan ini sangat mudah dan cepat malahan berkhasiat=)
ikutilah......
IKAN TENGGIRI MASAK LADA
bahan2
100 g ikan tenggiri atau sekeping ikan tenggiri- digaram kunyitkan dan digoreng =)
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar - dimayang
asam keping
garam dan gula
sedikit air
bahan b-ditumbuk:
2 biji bawang merah
7 biji cili padi
1cm kunyit hidup
cara memasak:
1.panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan b tadi sehingga cili masak
2.masukkan sedikit air dan asam keping.
3.apabila mendidih, masukkan bawang besar.masukkan garam dan gula mengikut citarasa lidah anda
4.setelah cukup masak, tuang diatas ikan yang telah digoreng dan hidangkan=)
p/s jika suka, anda boleh menambah sayuran seperti lobak atau frozen vegetables untuk menambah sumber serat
No comments:
Post a Comment