~life is too short, so enjoy it while u can ~

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, December 21, 2008

Cintailah yang Maha Menyintai...

cinta itu indah.indah pada yang merasainya.indah pada yang menikmatinya.indah pada yang tahu menghargainya.tapi cinta boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan, memilukan,menghancurkan.
saya pernah dilamun cinta, yang bagi saya ia sangat indah, mungkin kerana pertama kali saya benar-benar jatuh cinta, dengan seorang lelaki yang bagi saya, cukup sempurna buat saya.bagi saya dia melengkapi segalanya.melengkapi apa kekurangan saya, dan saya merasakan yang saya melengkapi kekurangan dia.percintaan yang di semai bukan bermula dari pandangan pertama, namun bermula daripada sebuah persahabatan.mula mengenali diri masing-masing,memahami sikap masing-masing, hingga terbit perasaan yang bernama cinta.aneh sekali ketika itu.masing-masing cuba menafikan, tapi tak berdaya.Lantas, satu lagi hubungan tercipta antara dua anak Adam.kami berdua mula menyemai kasih, mencipta janji, mengharap agar hubungan terus berkekalan meski ada badai yang melanda.
namun, benarlah.hati mudah berubah.manusia mudah lupa.mungkin kerana itu ia dinamakan 'al insan'.saya ditinggalkan begitu sahaja.dengan mudah dia berubah.setelah bertahun menjalin hubungan,menyemai kasih, membina janji.hanya dengan kehadiran orang ketiga membuat dia melupakan saya.melupakan janji dia kepada saya.apabila saya cuba mengingatkan dia akan kasih kami, janji-janji, dia melenting.marah.mengugut untuk tidak mahu berkawan langsung dengan saya.dan dia mula menjalin hubungan seterusnya, melupakan saya yang telah wujud bertahun dalam diari hatinya.percintaan yang putus tiba-tiba tanpa saya sempat memahami apa-apa.
apakah yang termampu dilakukan seorang perempuan dalam keadaan begitu?menangis.menangis.dan menangis lagi.meluahkan derita jiwa pada rakan-rakan yang sudi mendengar, memberi dorongan.saya menyalahkan diri sendiri, mencari kekurangan diri sejak ditinggal pergi.tertanya-tanya di mana silap saya hingga 360 darjah dia berubah.namun,perlahan-lahan saya cuba membina semangat diri,mencari kekuatan dalaman.belajar mencintai diri sendiri.saya makin mendekatkan diri kepada Allah.mengharapkan cintaNya.selama ini saya sedar, saya tidak menyayangi diri sendiri,mengkritik diri adalah perkara yang saya buat setiap hari.saya terlalu memikirkan dan menyayangi orang lain sehingga saya terlupa yang diri sendiri patut dicintai.justeru, saya mulai belajar,memahami keperluan dan kehendak diri.menghargai diri.saya juga makin belajar mencintai yang Maha Esa.sesungguhnya mencintai Allah lebih memberi kegembiraan kerana janji Allah adalah abadi, tak pernah berubah, tak seperti janji manusia.saya tak perlu takut kerana Allah tak kan memungkiri janjiNya.cintai lah Yang maha Esa kerana itu lebih memberikan kegembiraan,membuatkan jiwa rasa bahagia.saya tidak menolak kehadiran lelaki dalam hidup saya sekali lagi, kerana lelaki tetap perlu dalam kehidupan seorang perempuan, namun, biarlah masa yang menentukan, kerana sesungguhnya hati perempuan yang lemah ini masih lagi untuk dia....

(ini adalah kisah seseorang yang rapat dengan saya(penulis blog).tidak ada tokok tambah.moga dapat dijadikan iktibar dan panduan)
Lee Seung Gi - Losing My Mind