salam semua!!!!!!!!!!
err...malam ni rasa sedikit rajin nak wat entry baru..
justeru..
meh2...masak2.hehe.
memasak memang menyeronokkan sebab, selain dpt bakar kalori, ia juga dapat tambah kalori=)
memang, satu permainan yg berfaedah.hehe
justeru, sebagai perempuan bujang yang berstatus pakar pemakanan(ade kaitan ke?), hoho,
nak berkongsi lah resepi2 mudah yg telah dimodifikasi , ditukar, ditambah, ditolak, dibahagi...dari respi asal.hehe
malam ni, mari kita masak mi goreng!!!!
maaf.kualiti gambar mmg tahape2.hehe
MI GORENG CILI PADI
bahan2nye:
250g mi kuning(celur dl ngn air panas)
2biji bawang kecil(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang)
10 tangkai cili padi dihiris halus(kalau ase tak tahan pedas, kurangkan.ni cili padi maran, 5 tangkai pun dh len minum air segelen.heh)
4sudu besar kicap pekat mans
150g kangkung(ikut suka sebenarnya.lg banyak lagi bagus)
50g taugeh(lg byk lg bgus)
sosej dan filamen(kalau nk guna dging atau ayam segar lagi baik.ni sebab nak cpt masak.lapa sgt.segera jer=p)
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
scubit gula
cara membuatnya:
1.panaskan minyak
2.tumis bawang2.pastu cili plak.masakkan smpi cili tu masak la=p tak masak leh sakit perut
3.masukkan sosej dan filamen yg dipotong tadi.
4.letak sedikit air.tambah kicap dan garam dan gula
5.masukkan mi kuning tadi.masuk sayur2 yang telah dibasuh tadi(kalo tak basuh, keracunan pule=p)
6.kacau2 sehingga sebati.kalo ase kering sangat, tmbah la air panas sket.=)
7.hidangkan dalam pinggan untuk dimakan sendiri.nak hidang utk org len pon bole juge=)
-simple kan?sebab tu kata ni sesuai untuk orang2 bujang.hehe.cpt, ringkas, lazat namun bkhasiat.
-modifikasi dilakukan pada sayur..tmbahkan sayur lebih dalam masakan ini.tinggikan sumber serat.
-selain itu, minyak masak juga dikurangkan penggunaannya.kalau pakai kuali tak melekat lg bgus.tayah guna minyak dah.harus diingat, mi kuning mmg sedia bminyak, jadi, jgn gunakan minyak terlampau byk sewaktu memasak mi kuning
gaby lapa, jd makan coklat dulu ye=)
SELAMAT MENCUBA YE=)